HomeUtamaPelajar cemerlang KTYS terima Anugerah Dekan

Pelajar cemerlang KTYS terima Anugerah Dekan

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah ( KTYS ) terus melakar kecemerlangan seiring hasrat Kerajaan Negeri melahirkan modal insan berkemahiran melalui KTYS.

Pelajar KTYS, Putri Nur Izzatul Ajwa Basri, graduan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) menerusi program kerjasama KTYS – UTM telah membuktikan kebolehan anak tempatan Negeri Sabah apabila terpilih menerima Anugerah Dekan sempena Majlis Konvokesyen ke-66 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berlangsung pada 21 November hingga 25 November 2022 di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor Baharu.

Merupakan anak seorang petani dari Daerah Kota Belud, namun ia tidak menghalang Putri Nur Izzatul untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran yang diceburinya sehingga beliau tamat menjalani kursus peringkat diploma selama tiga tahun di KTYS.

Hadir menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki.

Haji Samin berharap kejayaan cemerlang Putri Nur Izzatul menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar KTYS yang lain serta pelajar-pelajar Sabah keseluruhannya.

Melalui program kerjasama strategik KTYS – UTM ini empat program Diploma ditawarkan iaitu Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat ), Diploma Harta Tanah, Diploma Pengurusan Teknologi dan Diploma Pengurusan Teknologi ( Perakaunan ).

Haji Samin turut mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah merebut peluang belajar di KTYS melalui program berkenaan.

“Dengan belajar di Sabah, kos dapat dijimatkan malah Yayasan Sabah turut menyediakan pembiayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan belajar di KTYS ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya