PN tolak kerjasama dengan PH – Muhyiddin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN), tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), itu pendirian parti kami, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebaik sahaja selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.

Katanya, Yang Di-Pertuan Agong mencadangkan supaya PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Tuanku mempunyai bilangan jumlah mencukupi, Tuanku mencadangkan supaya kita bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) untuk membentuk Unity Government (Kerajaan Perpaduan) tetapi kami telah berbincang dengan perkara itu sejak awal lagi tidak akan bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) . Itu Pendirian parti kami sejak dulu hingga ke hari ini,’ tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Muhyiddin juga diminta untuk menandatangi dokumen persetujuan.

“Tadi saya diminta untuk menandatangani dokumen untuk meminta kalau kami bersetuju, saya sain tapi jawab di atas tidak bersetuju,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *