HomeIsu tempatanDBKK dalam usaha bangunkan e-Lesen

DBKK dalam usaha bangunkan e-Lesen

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang dalam usaha membangunkan e-Lesen iaitu sebuah Sistem Permohonan Lesen Berniaga dan Lesen DBKK atas talian.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, sistem itu akan dapat memudahkan kumpulan peniaga memantaskan proses permohonan secara atas talian tanpa perlu berurusan di kaunter bayaran DBKK.

“Usaha ini adalah bagi menyahut dan menyokong inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya  (SMJ) iaitu ke arah pendigitalan.

“Setiap saranan dan idea dalam menambah baik garis panduan dan tatacara perniagaan di  Bandaraya Kota Kinabalu amat disambut baik dan akan dipertimbangkan mengikut kewajaran dari masa ke masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna di sini semalam.

Noorliza berkata, berdasarkan kajian aduan-aduan pengguna yang dibuat oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) kebanyakan pengguna mempunyai masalah dengan peniaga yang tidak mengikuti kehendak dan kepuasan pengguna.

“Pengguna juga kurang kesedaran akan hak-hak mereka sebagai pengguna. Sehubungan itu, dengan adanya program sebegini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna memilih perkhidmatan yang terbaik.

“Perkhidmatan yang sentiasa dekat dengan pengguna perlu dilihat sebagai satu perkhidmatan yang sentiasa menjadikan integriti sebagai teras utama dalam setiap praktisnya.

“Sehubungan itu, budaya kerja yang menggabungkan disiplin, tanggungjawab, integriti dan kebertanggungjawaban serta menjaga kerahsiaan perlu menjadi jati diri setiap peniaga dalam menjalankan urus niaga harian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular