HomeSukanSabah FC tempah tiket ke Piala AFC 2023

Sabah FC tempah tiket ke Piala AFC 2023

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC akhirnya berjaya menempah tiket kedua Piala AFC 2023 selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Selangor FC 2-1 pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pada aksi perlawanan akhir itu, Selangor dilihat mempamerkan aksi luar jangka di hadapan hampir 80,000 penonton apabila berjaya menyaingi skuad ‘elit’ JDT dan berjaya berada di depan menerusi jaringan penalti Herlison Caion pada minit ke-45.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan kira-kira dua minit apabila mesin gol JDT, Bergson Da Silva meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama dengan menanduk masuk bola sepakan sudut Arif Aiman Hanapi.

Penyokong JDT kembali mengamatkan stadium pada minit ke-59 apabila pemain import berprofil tinggi, Fernando Forestieri meledak gol kedua Harimau Selatan menerusi satu rembatan deras di dalam kotak penalti.

Pasukan kendalian Tan Cheng Ho cuba bangkit memburu gol penyamaan, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang dan kedudukan 2-1 memihak JDT kekal hingga wisel penamat.

Sebelum ini Malaysia Football League (MFL) mengumumkan slot kedua Piala AFC 2023 diberikan kepada juara Piala Malaysia 2022 bagi menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh peminat bola sepak tempatan.

Memandangkan Juara Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), maka slot kedua Piala AFC 2023 diberikan kepada juara Piala Malaysia 2022.

Namun MFL menggunakan pilihan ketiga dalam penentuan slot ke Piala AFC 2023 sekiranya JDT atau pasukan naib juara Liga Super 2022 dinobatkan sebagai Juara TM Piala Malaysia 2022.

Oleh itu, slot kedua Piala AFC 2023 diberikan kepada pasukan tempat ketiga Liga Super 2022 iaitu Sabah manakala satu slot Piala AFC 2023 diberikan kepada Terengganu FC selaku naib juara Liga Super 2022.

Kali terakhir Sabah beraksi di pentas Asia ialah pada tahun 1995 yang ketika itu dikenali sebagai Asian Cup Winners’ Cup anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Namun, Sabah yang dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bakal tampil dengan skuad yang lebih mantap pada musim depan untuk memberi saingan di pentas Asia sekaligus mengharumkan nama negara seperti mana dilakukan oleh pasukan KL City musim ini.

Berdasarkan rekod, JDT satu-satunya wakil dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular