HomeUtamaDUN Sabah: LRA Telibong II siap sepenuhnya Februari 2023

DUN Sabah: LRA Telibong II siap sepenuhnya Februari 2023

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU :   Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Loji Rawatan Air (LRA) Telibong ll dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari 2023. 

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury berkata, dengan siapnya loji rawatan air itu kelak, kerajaan dapat membekalkan air terawat sebanyak 10 juta liter sehari ke kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

“Kemajuan projek itu setakat 31 Oktober lalu adalah 93 peratus. Manakala, Projek  UWSS Loji Rawatan Air Telibong I yang kini mencapai 95 peratus, dijangka siap menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tan Lee Fatt (DAP-Likas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Limus berkata, loji rawatan air yang akan membekalkan air terawat sebanyak lima juta liter sehari itu dilaksanakan oleh konsesi air Jetama Sdn Bhd di bawah Penswastaan Bekalan Air Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular