HomeUtamaDUN Sabah : Kos sara hidup, kenaikan harga barang cetus kerisauan

DUN Sabah : Kos sara hidup, kenaikan harga barang cetus kerisauan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Isu kos sara hidup dan kenaikan pelbagai harga barang yang sangat keterlaluan selain mencengkam amat membimbangkan kehidupan rakyat khususnya golongan marhaen dan rentan.

Kebimbangan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi yang melihat faktor saiz keluarga yang ramai turut menyebabkan rakyat semakin terhimpit.

“Kita sering mendengar keluhan dan rungutan suri rumah di luar sana berkaitan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam, telur dan sayur-sayuran naik.  Secara teorinya, semakin meningkat kos sara hidup semakin kurang kuasa beli pengguna.

“Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan boleh guna. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli mereka juga kualiti hidup secara keseluruhannya.

“Hal demikian bukan sahaja menyukarkan mereka untuk menabung (menyimpan wang) malah ada yang terpaksa mengikat perut demi memastikan kelangsungan hidup diri dan keluarga,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Raime berkata, peningkatan kos sara hidup yang drastik amat mengganggu situasi rakyat akibat ketidakcukupan pendapatan untuk menampung keperluan asas serta bebanan hutang yang ditanggung bagi menampung kenaikan kos barangan, perkhidmatan dan juga keperluan harian.

“Meskipun pertumbuhan ekonomi sudah membaik dan memperoleh momentum ke arah pemulihan secara beransur-ansur. Namun negara kita antara negara yang mencatat kadar hutang isi rumah yang tinggi di rantau

“Jumlah hutang tersebut merangkumi pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, hutang kad kredit dan hutang lain-lain. Ini merupakan petanda kurang baik yang akan mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada psikologi, sosial dan pengangguran,” katanya.

Justeru beliau ingin tahu apakah langkah komprehensif kerajaan bagi menangani masalah yang dihadapi khususnya dalam jangka masa pendek dan panjang.

“Mungkinkah sudah tiba masanya untuk mendidik masyarakat agar celik wang, lebih kreatif, berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada subsidi daripada kerajaan,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya