Tadbir urus PPR Sabah Tahun 2020 lemah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU. Terdapat beberapa kelemahan dalam tadbir urus Pengurusan Program Perumahan Rakyat di Negeri Sabah bagi tahun 2020.

Ini menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah telah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada 22 Mac 2022.

Laporan tersebut antara lain mengandungi perkara seperti Pengurusan Program Perumahan Rakyat di Negeri Sabah – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Katanya, secara keseluruhannya, Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dibina bagi mencapai objektif program iaitu penempatan semula setinggan dan golongan berpendapatan rendah B40 dengan penyiapan 10 (83.3%) daripada 12 projek yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Turut dilaporkan, terdapat tujuh PPR telah diisi untuk penyewaan bagi menempatkan 2,884 penyewa daripada 3,495 unit rumah yang tersedia untuk disewa.

Bagaimanapun, katanya, pencapaian keseluruhan objektif PPR tidak dapat dinilai kerana kajian mengenainya masih belum dilaksanakan.

Selain itu, menurutnya, wujud kelemahan dalam aspek penyediaan klausa perjanjian Management Company dan penyelenggaraan dokumen penyewaan.

Ini menyebabkan pemantauan pengurusan PPR tidak dapat dijalankan sepenuhnya dengan berkesan lapor laporan audit negara itu lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *