HomeUtamaDUN Sabah : Kemudahan asas penduduk luar bandar perlu terus dipertingkat -...

DUN Sabah : Kemudahan asas penduduk luar bandar perlu terus dipertingkat – Mokran

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat mahu kemudahan asas penduduk khususnya di kawasan luar bandar Sabah terus dipertingkat.

Katanya, kemudahan asas seperti liputan internet, perhubungan jalan raya dan bekalan air kepada penduduk kini dilihat menjadi antara keresahan masyarakat luar bandar.

“Keresahan masyarakat masih lagi berkisar kepada isu asas yang utama seperti jalan dan air. Isu jalan bukan sahaja jalan utama, tetapi jalan-jalan kampung juga masih menghantui penduduk dan sudah tentu kami selaku wakil rakyat.

“Saya berharap daripada jumlah peruntukan perbelanjaan khas sebanyak RM2.369 billion, akan  lebih banyak disalurkan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas, khususnya penurapan jalan raya di kampung-kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan Belanjawan Negeri 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mokran berkata, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Kerajaan bagi meningkatkan bekalan air di negeri Sabah.

Bagaimanapun katanya, kelewatan pelaksanaan projek-projek berkaitan kemudahan bekalan air di Sabah menjadi kegusaran pelbagai pihak.

“Contohnya Projek Bekalan Air Tawau yang baru mencapai 6.93 peratus dan Projek Empangan Kaiduan/Papar yang masih diperingkat kajian. Kita berharap kerajaan memberikan perhatian yang sangat serius untuk mempastikan bekalan air siap pada waktunya.

“Kitaran kemarau di Sabah berlaku setiap 10 hinga 15 tahun. Kita sekarang dalam julat ini. Sekurang kurangnya jika empangan yang dirancang telah tersedia, kita ada sekuriti air yang mencukupi untuk kegunaan negeri ketika kemarau,” katanya.

Dalam pada itu, Mokran berkata, Kerajaan juga perlu mempastikan liputan internet dipantau sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya.

“Kita masih lagi ternanti-nanti hasil program jendela dan lain-lain inisiatif peningkatan liputan internet tetapi belum lagi mencapai seperti yang sepatutnya. Kerana kita mendapati liputan belum memuaskan dan belum stabil,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya