HomeUtamaPengurusan cerun tidak diurus dengan cekap - LKAN

Pengurusan cerun tidak diurus dengan cekap – LKAN

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Pengurusan Cerun Jalan Negeri dan Persekutuan di Sabah oleh Jabatan Kerja Raya Sabah sekitar tahun 2018 hingga 2020 secara keseluruhannya tidak diurus dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif pengurusan cerun.

Demikian antara Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah telah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada 22 Mac 2022.

Menurut LKAN, pada tahun 2018 hingga 2020,
sebanyak 65% hingga 85.3% daripada cerun yang disasarkan masih belum dibaiki, antaranya disebabkan peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi bagi membiayai keperluan sebenar membaiki kerosakan cerun jalan.

Justeru itu, katanya, pencapaian keberhasilan pengurusan cerun jalan Negeri dan Persekutuan tidak dapat disemak disebabkan kajian keberhasilan tidak dijalankan secara menyeluruh.

Laporan itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan projek.

Katanya, pemeriksaan fizikal yang dijalankan di tapak projek mendapati kerosakan fizikal yang disebabkan tidak ada penyelenggaraan rutin selepas projek siap.

“Ini memberi kesan kepada kestabilan dan kekuatan cerun jalan sekiranya tindakan pembaikan dan penyelenggaraan tidak dilaksanakan.

“Sistem Amaran Awal (SAA) yang dipasang di lokasi cerun juga tidak dimanfaatkan,” kata laporan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular