HomeUtamaPelajar KV Keningau Menang Geran Pitchborneo berjumlah RM20,000

Pelajar KV Keningau Menang Geran Pitchborneo berjumlah RM20,000

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Pasukan pelajar dari Kolej Vokasional Keningau, Faustin Jami dan Ervin Petrus, antara 10 pemenang yang berjaya menerima Geran Pitchborneo berjumlah RM20,000.

Kedua-dua pelajar itu menang dalam menyertai Pertandingan Keusahawanan Pitchborneo Tahun 2022 peringkat akhir berlangsung di Sky Hotel di sini bermula 25 hingga 27 November 2022.

Ianya merupakan pertandingan tahunan anjuran Sabah Techpreneur Association (SATA) untuk usahawan-usahawan kecil di Negeri Sabah.

Menurut jurucakap Kolej Vokasional Keningau Dr Sirhajwan Idek, kedua-dua pelajar itu merupakan pelajar tahun keempat Program Pengurusan Perniagaan dan telah mencadangkan idea perniagaan mereka yang dinamakan “3T Bag” dimana “3T” itu merujuk kepada tiga perkataan Bahasa Inggeris iaitu tote, trolley dan trendy.

“Justifikasi mereka menghasilkan beg ini adalah untuk mengurangkan jumlah bahan buangan di Negeri Sabah, memperkenalkan motif etnik Sabah serta memudahkan pengguna dalam sebarang urusan melibatkan perjalanan jarak jauh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Sirhajwan berkata, produk ini diubahsuai dari beg-beg yang lama, usang, rosak dan tidak digunakan lagi untuk mengelakkan beg-beg sebegini dibuang begitu sahaja. Ianya dihiasi dengan rekaan motif bertemakan etnik-etnik di Negeri sabah.

“Rekaan beg ini juga membolehkan ianya dijadikan beg troli atau beg tote dengan ruang penyimpanan yang luas dan mudah untuk dibawa.

“Pasukan ini akan menggunakan geran yang dimenangi untuk merealisasikan idea ini agar ianya mampu menjadi perniagaan yang boleh diperkembangkan lagi,” tambahnya.

Sementara itu pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, sangat berbesar hati dengan kejayaan itu kerana ianya membuktikan kemenjadian pelajar kolej vokasional yang mementingkan kemahiran mereka untuk merekacipta dan seterusnya menjadi usahawan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular