HomeUtamaDUN Sabah : Pelaksanaan rangkaian 5G di Sabah dijalankan secara berfasa

DUN Sabah : Pelaksanaan rangkaian 5G di Sabah dijalankan secara berfasa

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Projek pelaksanaan rangkaian 5G di negeri ini sedang dijalankan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) secara berfasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pelaksanaan itu bermula di kawasan-kawasan yang mempunyai tarikan aktiviti ekonomi tinggi.

Katanya, ini adalah kerana teknologi 5G akan memberi impak kepada sektor perusahaan dan industri.

“Bagi kawasan Karamunting, sebanyak empat tapak 5G telah dirancang di bawah fasa dua.

“Antara lokasinya adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting, Jalan Pelabuhan Baru, Lorong Bandar Nam Tung dan Lorong Leila 3.

“Kesemua tapak ini masih dalam pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada penghujung tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hiew Vun Zin (WARISAN- Karamunsing) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Yakub berkata, perkhidmatan 5G hanya boleh digunakan sekiranya peranti pengguna mampu menyokong perkhidmatan tersebut.

Katanya, antara syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini adalah YES, Celcom, Digi, UMobile dan Telekom Malaysia.

“Setakat ini, Kerajaan belum menetapkan panduan pelan harga perkhidmatan 5G,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, sehingga kini sebanyak 549 tapak 5G bagi fasa pertama dan kedua dikenalpasti di beberapa daerah di Sabah bagi suku ketiga 2022.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 295 tapak dikenalpasti bagi fasa pertama melibatkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu; Penampang dan Putatan.

“Manakala bagi fasa kedua adalah melibatkan 254 tapak membabitkan enam daerah iaitu Lahad Datu; Sandakan; Semporna; Sipitang; Tawau dan Tuaran,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya