Persatuan Pisaka Ranau sambut Hari Keluarga 25 Disember ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

RANAU: Persatuan ‘Pisempuruan Sakag Aki Kaunda’ (Pisaka) Ranau akan mengadakan sambutan Hari Keluarga  ‘Pisaka’ peringkat daerah di Dewan Marandawi Kg.Tungou di sini pada 25 Disember ini.

Majlis Hari Keluarga Pisaka akan bermula pada jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam yang akan diserikan dengan pelbagai acara termasuklah Cabutan Keluarga Bertuah, Sukaneka kategori dewasa dan kanak-kanak.

Pengerusi Pisaka, Nasimin Yantangon berkata, perasmian majlis itu dijangka disempurnakan Menteri  Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Nasimin, majlis yang diadakan setiap tahun itu adalah antara inisiatif dan landasan untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan silaturrahim dikalangan ahli keluarga keturunan Pisaka agar tidak hilang ditelan zaman.

“Menerusi persatuan keluarga ini, diharapkan ahli keturunan Pisaka yang terpisah jauh di merata tempat di Malaysia khususnya Sabah akan dapat dihimpunkan semula seterusnya bermesra serta berkenalan antara satu sama lain”, jelas Nasimin ketika ditemui selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Kg.Tungou baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat tiga komponen  keluarga Asas dalam keluarga Pisaka iaitu, keturunan Berigid, Didon dan Dekoi.

“Kita mengharapkan kepada mereka yang ada kaitan dengan persatuan (Pisaka), agar dapat hadir ke majlis tersebut”, tambah Nasimin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *