HomeSukanDUN Sabah : Pembaikan kecil, naik taraf kompleks sukan di Sabah dilaksana...

DUN Sabah : Pembaikan kecil, naik taraf kompleks sukan di Sabah dilaksana secara berfasa

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan melaksanakan penyelenggaraan dan menaik taraf kompleks-kompleks sukan berdasarkan peruntukan semasa kementerian.

Menterinya, Datuk Ellron Angin berkata, ia merupakan perancangan jangka pendek untuk mempertingkatkan dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan yang semakin ketinggalan di seluruh 16 kompleks sukan di Sabah.

“Pada tahun ini kementerian telahpun menjalankan pembaikan kecil dan menaiktaraf secara berfasa di 16 buah kompleks sukan di Sabah iaitu di Tenom, Semporna, Penampang, Keningau, Sipitang, Kota Kinabalu, Tawau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Kota Belud, Kudat, Ranau, Lahad Datu, Beluran dan Kompleks Sukan Sandakan. 

“Pembaikan kecil dan menaiktaraf ini bukan bermaksud bahawa pembaikan kecil atau menaiktaraf telah dilaksanakan secara menyeluruh semua kerosakan di sesebuah kompleks sukan tersebut kerana masih terdapat banyak lagi kerosakan yang perlu dilaksanakan secara berfasa setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ellron berkata, pada tahun hadapan penyelenggaraan dan menaiktaraf akan terus dilaksanakan di semua kompleks-kompleks sukan dengan  berdasarkan kepada peruntukan yang akan diluluskan oleh kerajaan negeri nanti.

Katanya, untuk perancangan jangka panjang pula, kementeriannya akan sentiasa mengemukakan permohonan di bawah program pembangunan Rancangan Malaysia biayaan Kerajaan Negeri untuk penambahan kemudahan dan fasiliti sukan di kompleks-kompleks sukan yang sedia ada.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (GRS-Nabawan), Ellron berkata, pihak kementeriannya telah memperuntukkan perbelanjaan bagi penyelenggaraan padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terdapat di kawasan perkampungan dalam bajet 2023.

Bagaimanapun katanya, peruntukan yang disediakan untuk tujuan penyelenggaraan di kawasan perkampungan tidak dapat menampung kesemua permohonan yang diterima daripada kelab, persatuan atau jawatankuasa-jawatankuasa peringkat kampung di seluruh Sabah.

“Setiap kerja-kerja penyelenggaraan adalah berdasarkan kepada keutamaan iaitu tertakluk kepada tahap kerosakan dan keperluan fasiliti-fasiliti sukan yang terdapat di kawasan perkampungan di seluruh Sabah.

“Dengan ertikata lain tidak ada agihan tetap diperuntukkan di setiap kawasan perkampungan di seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya