HomeUtamaDUN Sabah : Dua inisiatif bantuan pendidikan baharu diperkenal tahun hadapan

DUN Sabah : Dua inisiatif bantuan pendidikan baharu diperkenal tahun hadapan

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri memperkenalkan dua inisiatif bantuan pendidikan baharu pada tahun hadapan selain turut mengekalkan lima bantuan pendidikan sedia ada.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara bantuan baharu itu adalah Bantuan Khas Pendidikan (BANTU) dan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS).

“Bagi inisiatif BANTU, ia merupakan bantuan kewangan kepada persatuan, warga pendidikan untuk melaksanakan program-program untuk memajukan pendidikan di Sabah dan peruntukan adalah sebanyak RM500,000 untuk 2023.

“Manakala bagi inisiatif BALKIS, ia merupakan bantuan penyelenggaraan dan menambahbaikan kecil disekolah-sekolah dengan kos RM50,000 kebawah dan ia melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, Kerajaan turut menubuhkan Seketeriat Mahasiswa Sabah (SEMESTA) dan telah dilancarkan penubuhannya oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 30 Oktober lalu.

Katanya, ia adalah bertujuan sebagai badan penghubung yang mendengar suara mahasiswa Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah selain menjadi badan perantara dalam menyampaikan informasi-informasi berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan negeri Sabah.

“Melalui SEMESTA juga persatuan pelajar dapaat membantu membekalkan informasi pelajar untuk melengkapkan  Sistem Informasi Pendidikan Sabah (SIPS), yang sedang dibangunkan oleh kementerian,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular