HomeUtamaDUN Sabah : Pelan JENDELA tingkat tahap kesalinghubungan, kualiti perkhidmatan jalur lebar

DUN Sabah : Pelan JENDELA tingkat tahap kesalinghubungan, kualiti perkhidmatan jalur lebar

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Pertama.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pelan JENDELA adalah bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti serta mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G.

“Sasaran bagi fasa pertama adalah memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4 G kepada 90 peratus di kawasan yang berpenduduk.

“Sehingga kini liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah telah meningkat kepada 88.06 peratus dan 154 buah daripada 611 buah menara baru yang dirancang telah siap dibina.

“Selain itu, 3,810 buah menara telah dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G daripada 3,984 buah menara yang dirancang; 134,116 premis daripada 251,165 premis telah disediakan sambungan gentian optik berkelajuan Gigabit: dan 138 buah projek lajur lebar satelit yang telah siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Sementara itu, Yakub berkata, Sabah dijangka mencapai tahap 100 peratus connectivity menjelang akhir 2025.

“Pihak KSTI melalui MCMC akan memasang 300 VSAT pada tahun 2023 untuk mengatasi masalah kesalinghubungan di luar bandar,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya