HomeUtamaDUN Sabah : KSTI terus laksana program naik taraf fasiliti bagi wujudkan...

DUN Sabah : KSTI terus laksana program naik taraf fasiliti bagi wujudkan suasana pembelajaran STI

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah akan meneruskan program menaik taraf makmal sains sekolah menengah; pembinaan sudut sains dan program pembinaan pusat inovasi.

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, ia adalah bagi mewujudkan suasana pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang lebih kondusif.

Katanya, kementeriannya telah menaik taraf 16 buah makmal sains dan membina 16 sudut sains di sekolah-sekolah.

“Bagi memastikan kadar penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dapat dipertingkatkan, Kementerian akan meneruskan pelbagai program pembudayaan STI.

“Pada tahun 2023, Kementerian akan mengadakan Jelajah SMJ KSTI ke enam daerah terpilih. Semua Jabatan dan agensi akan memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat mengikut fungsi dan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Yakub berkata, bagi melahirkan usahawan berteraskan teknologi, kementeriannya akan meneruskan dan menambahbaik program tahunan seperti PITCHBORNEO, SE Summit, Borneo Tech Summit, MyHackathon dan My Starts-Up.

Di samping itu katanya, Kementerian juga akan meningkatkan penglibatan usahawan sosial untuk menimba pengalaman dalam program seperti Buy For Impact dan Borneo Native Festival.

“Bagi menarik minat belia dalam industri kreatif, Kementerian akan meneruskan program Sabah Screen Fest dan Pertandingan Animasi Video Pendek berkaitan STI. Lebih ramai belia akan dilatih di Pusat Animasi Latihan Toon Boom di SCENIC.

“Bagi mengiktiraf dan menyemarakkan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi, buat julung kalinya pada tahun 2023, KSTI akan menganjurkan Majlis Anugerah Sains Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, bagi pembangunan modal insan, pada tahun 2023, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan melaksanakan 130 program kursus tajaan kemahiran dan keusahawanan.

“SSTC akan melaksanakan 25 kursus berteraskan teknologi digital, teknikal dan keusahawanan, AMC College akan meneruskan 153 kursus ICT dan bahasa manakala SCENIC akan mempergiatkan program pemerkasaan usahawan sosial .

“10 siri Program Karnival Kerjaya akan diteruskan di daerah-daerah terpilih bagi menangani masalah pengangguran,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya