HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan laksana pelbagai pendekatan kurangkan masalah pengangguran

DUN Sabah : Kerajaan laksana pelbagai pendekatan kurangkan masalah pengangguran

Read Time:2 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menerusi jabatan dan agensi terlibat telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mengurangkan masalah pengangguran di kalangan lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, antara pendekatan yang dilaksanakan adalah dengan melaksanakan Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).  

Katanya, sebanyak tiga program STEP yang disertai oleh 60 orang lepasan sekolah dan belia Sabah telah dilaksanakan.

“Program ini bertujuan melahirkan usahawan belia yang dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan belia terhadap pekerjaan sektor kerajaan dan swasta.

“Melalui program Pitchborneo (Program mencungkil usahawan berasaskan teknologi), pihak KSTI telah berjaya melahirkan seramai 1300 orang usahawan sehingga kini. 112 orang daripada usahawan tersebut turut menerima sumbangan untuk mengembangkan idea dan produk mereka (RM20,000 setiap syarikat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dumi Pg Masdal (WARISAN-Silam) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Yakub berkata, agensi terlibat juga turut menawarkan 15 jenis kursus dan latihan TVET melalui JPSM kepada pelajar lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi di ILTP yang ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Kemahiran JPSM, Petronas dan Suruhanjaya Tenaga.

Katanya,  kursus seperti ini turut dilaksanakan oleh pelbagai agensi seperti MARA dan Politeknik.

“Kerajaan turut melaksanakan kursus latihan kemahiran jangka panjang yang bertujuan membantu golongan sasar iaitu belia, beliawanis, B40 dan pencari kerja.

“Seramai 90 peserta telah menyertai kursus Pemandu Penyelam (Divemaster), Rigging & Slinging (Advance) and Blaster Painter Level 1 & 2 dan Kursus Perkapalan. Seramai 39 peserta Kursus  telah berjaya mendapat pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, Kerajaan turut melaksanakan Hospitality    Engagement   Learning Programme (HELP) dengan rangkaian hotel lima bintang terpilih. 

Katanya, sehingga kini seramai 13 pelatih telah ditawarkan  pekerjaan di Hotel Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu.

“Selain itu, Kerajaan turut melaksanakan 11 siri Jelajah Karnival Kerjaya bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di seluruh Sabah. Seramai 1,390 orang telah ditawarkan pekerjaan melalui  program   ini. 

“Di   samping   itu,  JPSM  telah mengadakan temuduga terbuka secara bersemuka di  Ibu  pejabat JPSM, Kota Kinabalu.  Setakat ini, 2 siri telahdilaksanakan dan 16 orang telah mendapat pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, Kerajaan turut menyediakan platform Sabah Jobs Portal (JPSM) dan MyFutureJobs (PERKESO) sebagai platform pencarian kerja. 

Katanya, seramai  4,634  pencari kerja dan 170 majikan berdaftar  di  Sabah  Jobs  Portal manakala sebanyak 84,078 jawatan kosong telah diiklankan daripada 6,712  majikan melalui portal MyFutureJobs. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular