HomeUtamaDUN Sabah : KPMKR berjaya laksana program berimpak tinggi sejak 2021

DUN Sabah : KPMKR berjaya laksana program berimpak tinggi sejak 2021

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) telah berjaya melaksanakan beberapa program berimpak tinggi kepada masyarakat di negeri ini sejak 2021.

Menterinya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ini termasuklah melaksanakan program ‘Homeward’ untuk golongan sasar yang sakit terlantar sejak 2021 dan telah dibantu sebanyak 378 setakat ini.

Selain itu katanya, kementeriannya turut melaksanakan program menerusi Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) yang tertumpu kepada kanak-kanak di luar bandar atau pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan asas pembelajaran awal.

“Oleh itu,  PPKK yang merupakan program pembangunan di bawah Inisiatif Flagship Sabah Maju Jaya akan diteruskan pada tahun depan dengan mewujudkan dua buah lagi PPKK di luar bandar atau pedalaman.

“Menjelang akhir tahun ini, dijangka terdapat tambahan dua buah lagi PPKK menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 37 buah PPKK yang akan beroperasi sepenuhnya dengan bilangan kanak-kanak berdaftar seramai 1,264 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Sementara itu, Shahelmey berkata, program pendigital dalam talian di kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) juga dilaksanak untuk keselesaan rakyat.

“Selain itu, program pendigitaln dalam talian di Kementerian saya telah pun bermula dengan terlaksananya sistem Digital Electronic Women Information (DeWI) dan sistem Digital Ledger (D-Ledger) di bawah JHEWA.

“Sementara itu, sistem permohonan bantuan kebajikan dalam talian juga akan beroperasi mulai 1 Januari 2023.  Pendigital kementerian saya adalah selaras dengan hala tuju Kerajaan negeri melalui konsep 5A yang memberi keselesaan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular