HomeUtamaDUN Sabah : Tindakan diambil kepada individu yang tidak layak tinggal di...

DUN Sabah : Tindakan diambil kepada individu yang tidak layak tinggal di PPR -Masidi

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Satu pasukan petugas khas telah dibentuk untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang didapati tidak layak untuk menetap di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pasukan itu juga akan membuat pemeriksaan ke PPR terlibat termasuk akan mengeluarkan individu tidak layak dari rumah berkenaan.

“Ini bukan sesuatu yang baharu berlaku, tetapi ia juga berlaku di PPR lain.  Justeru kita telah membentuk satu pasukan petugas khas untuk membuat pemeriksaan kepada semua PPR bagi memastikan mereka yang layak sahajamenduduki di situ.

“Betullah apa yang dinyatakan YB Moyog, kadang-kadang kita dukacita juga yang PPR ini sepatutnya orang B40 berpendapatan rendah.  Jadi saya minta ahli-ahli yang ada di dewan ini tolonglah jangan bagi rekomendasi kepada mereka yang tidak layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Darell Leiking (Warisan-Moyog) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular