HomeUtamaKerajaan diminta beri nasihat kontraktor , kaji semula perjanjian syarikat konsesi -...

Kerajaan diminta beri nasihat kontraktor , kaji semula perjanjian syarikat konsesi – ADUN Sindumin

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri diminta menasihatkan kontraktor Pan Borneo Highway mengenai keadaan pembinaan jalan raya Pan Borneo yang teruk di Sabah dan mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi yang bertanggungjawab menyelenggara jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, banyak kemalangan maut berlaku akibat dari pembinaan jalan raya Pan Borneo yang tidak dipantau dengan rapi oleh kontraktor yang bertanggungjawab.

Pembinaan jalan melibatkan Jan Pan Borneo dan Jalan Konsesi.

Katanya, rakyat mengeluh keadaan jalan raya yang buruk dan berlubang-lubang akibat dari pembinaan jalan raya.

“kita faham masalah jalan akibat dari pembinaan Pan Borneo tetapi akibat pembinaan ini, banyak kemalangan maut berlaku, ramai sudah terkorban, kerosakan kenderaan, kelambatan perjalanan.

“Justeru itu, kami rakyat memohon supaya kerajaan menasihatkan kontraktor pan borneo ini untuk lebih bertanggungjawab dan menjaga keselamatan pengguna melalui pemantauan rapi,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa.

Dr Yusof menyeru kepada kontraktor berkenaan supaya memastikan jalan dalam keadaan selamat. Sementara, jalan sampingan “de tour” dengan membina siap sebelum mengorek jalan lama dan membaiki segera kerosakan seperti jalan berlubang serta memastikan kerosakan perpaipan dibaiki segera.

Manakala bagi kategori jalan konsesi, jalan-jalan di negeri ini, Dr Yusof meminta supaya ianya diselenggara dibawah syarikat konsesi.

“Rakyat tidak mempertikaikan keuntungan yang diperolehi syarikat konsesi tetapi pastikan rakyat dan pengguna jalan raya sentiasa dalam keadaan baik, rakyat mahu semua kerosakan diperbaiki segera.

“Alasan syarikat konsesi bahawa selenggaraan jalan mengikut giliran tidak boleh diterima oleh rakyat. Mereka mahu jalan raya dibaiki dengan segera manakala rumput yang panjang dan jalan semak perlu dipotong tanpa perlu tunggu tiga bulan sekali,” ujarnya.

Berikutan perkara itu, beliau mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula perjanjian konsesi itu.

“Saya mencadangkan untuk kesejahteraan rakyat sesuai dengan tema Belanjawan 2023 “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”, kerajaan mesti mengkaji semua perjanjian konsesi ini kerana jelas telah melanggar perjanjian atau “non-compliance”,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular