HomeUtamaJawatankuasa antara parti pastikan semua ADUN di landasan sama tuntut hak Sabah 

Jawatankuasa antara parti pastikan semua ADUN di landasan sama tuntut hak Sabah 

Read Time:1 Minute, 9 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini, penubuhan Jawatankuasa Antara Parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah penting bagi memastikan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kerajaan dan pembangkang berada di landasan sama dalam isu tuntutan hak Sabah.

Semasa mengemukakan cadangan penubuhan jawatankuasa itu, Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) berkata jawatankuasa itu akan mengukuhkan kesatuan ADUN bagi menuntut hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan, terutama hak 40 peratus atas hasil Persekutuan di negeri ini.

Beliau berkata dalam dinamik politik masa kini terutama dengan pembentukkan kerajaan perpaduan, kesatuan semua pihak adalah usaha penting dan inilah masanya semua ADUN Sabah memperkasa kesatuan itu bagi bersama menuntut hak negeri.

“Di blok kerajaan pastinya proses perundingan akan diteruskan, sementara sebahagian kita pula telah ke mahkamah untuk menuntut hak Sabah ini. Kita boleh mencadangkan pemungutan hasil 40 peratus ini dengan hasil persekutuan yang mudah dihitung,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2023.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, sesuai dengan pembentukan kerajaan perpaduan peringkat Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pilihan Raya Umum (ke-15) telah berlalu dan mewujudkan politik baharu negara yang dinamik melalui kerajaan perpaduan. Sepertimana di peringkat Persekutuan, begitulah juga harapan saya di peringkat Sabah agar kita dapat menggembleng usaha dan kesatuan melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular