HomeSukanSabah FC umum barisan pemain 1 Disember ini

Sabah FC umum barisan pemain 1 Disember ini

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC dijangka akan mengumumkan barisan pemain yang bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan pada 1 Disember ini.

Pengurus Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir berkata, pihaknya juga yakin gandingan muka baharu dan lama dalam skuad The Rhinos akan dapat memanfaatkan peluang beraksi pada kelayakan Piala AFC.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berjaya mara ke Piala AFC 2023 selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menewaskan Selangor FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini, slot pertama kejuaraan tahap dua kelab Asia itu menjadi milik Terengganu FC (TFC) yang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

JDT pula meraih slot tunggal ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 selepas muncul juara Liga Super 2022.

Memandangkan juara Liga Super dan Piala FA 2022 adalah kelab yang sama iaitu JDT, maka slot kedua Piala AFC 2023 diberikan kepada juara Piala Malaysia 2022.

Dengan kejohanan itu diungguli anak-anak buah Hector Bidoglio, nasib menyebelahi skuad Sang Badak apabila mereka bakal bertanding di kejohanan peringkat benua itu musim depan.

Justeru itu, Ahmad Marzuki berkata, dengan kejayaan yang dicapai itu, pihaknya mahu pengurusan melakukan tindakan segera bagi mempersiapkan pasukan menghadapi cabaran tersebut.

“Sudah pasti dipihak kita, ianya satu berita gembira bila mana JDT berjaya menewaskan Selangor dan membolehkan Sabah layak ke Piala AFC 2023. Ini peluang yang dinantikan selepas 27 tahun.

“Musim ini kita bekerja keras, bermula dari tangga kesembilan musium lalu dan kali ini kita menjadi top 3, sudah tentu saya boleh katanya Sabah layak ke Pentas Asia,” katanya.

Sabah beraksi kali terakhir di pentas Asia pada 1995 yang ketika itu dikenali sebagai Asian Cup Winners’ Cup anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ahmad Marzuki berkata, dengan kelayakan itu, skuad Badak perlu disiapkan dengan lebih mantap musim depan sekaligus mampu mencipta nama di pentas Asia.

Katanya, pelbagai perancangan turut diatur termasuklah memperkukuh pelbagai aspek khususnya dari pasukan hingga fasiliti stadium sebagai antara persediaan ke kejohanan antarabangsa itu.

“Sabah ada perancangan tapi kita perlu berbincang dengan pengurusan tertinggi dahulu. Cumanya apabila beraksi di peringkat Piala AFC, persediaan kena lebih kukuh dari segi pemain.

“Stadium kita perlu kita naik taraf, apa kerosakan kita perlu perbaiki.  Sudah pasti kita perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Sabah FC menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga dengan mengumpul 42 mata dari 22 perlawanan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya