BDC kerugian RM38.32 juta direkodkan sehingga 31 Disember 2020 – LKAN

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga 31 Disember 2020, Borneo Development Corporation (Sabah) Sdn. Bhd. (BDC) masih merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM38.32 juta.

Menurut laporan itu, secara keseluruhannya, (BDC) telah melaksanakan aktiviti pembangunan hartanah sejajar dengan objektif penubuhan syarikatnya.

Walaupun, kedudukan kewangan BDC pula stabil dengan baki tunai dan kesetaraan tunai yang positif pada akhir tahun kewangan 2020 berjumlah RM21.65 juta.

Bagaimanapun, menurut LKAN mendapati sehingga 31 Disember 2020, BDC masih merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM38.32 juta.

Demikian menurut LKAN Tahun 2020 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah telah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada 22 Mac 2022.

Sementara itu, LKAN turut melaporkan mengenai amalan tadbir urus korporat BDC adalah memuaskan namun empat daripada sembilan amalan tadbir urus yang baik tidak diamalkan sepenuhnya.

“Antaranya, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat tidak lengkap serta tidak menyeluruh yang boleh menyumbang kepada risiko kelemahan kawalan dalaman serta menyukarkan pemantauan oleh Lembaga Pengarah (LP),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *