DUN Sabah : Projek baik pulih loji rawatan kumbahan giat dijalankan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU:  Projek membaik pulih loji rawatan kumbahan, pam stesen dan rangkaian paip pembentungan di Penampang sedang giat dijalankan.  

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, projek bernilai RM 4.31 juta itu dimulakan sejak 27 Mei tahun lepas dan kini telah mencapai perkembangan 90.39 peratus. 

“Projek membaik pulih loji rawatan kumbahan, pam stesen serta rangkaian paip pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Penampang – Fasa G1 kini dalam pelaksanaan.

“Bagi daerah Penampang, sehingga kini jumlah aset yang telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) Sabah adalah sebanyak 53 buah loji rawatan, 20 buah stesen pam dan paip pembentungan sepanjang 29.7km 

“Keperluan anggaran kos awalan kerja membaik pulih dan menaik taraf aset pembentungan Majlis Daerah Penampang sebelum ini adalah sebanyak RM24.8 juta dan ini tidak termasuk aset pembetungan yang diserahkan kepada JPP Sabah pada tahun ini selepas sebahagian kontrak penyelenggaraan oleh pihak ketiga tamat.

“Jumlah aset pembentungan yang diserahkan pada tahun ini adalah sebanyak 23 buah loji rawatan kumbahan dan tujuh buah stesen pam,” jelasnya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah, pada Rabu.

Menurut beliau, pelaksanaan pengambilalihan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan bagi aset pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah telah bermula dari 1 April 2015 kecuali sebahagian milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Daerah Penampang. 

Katanya, sebahagian aset pembetungan milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (termasuk aset pembetungan di kawasan Kepayan) dan Majlis Daerah Penampang hanya dapat diserahkan kepada JPP Sabah setelah kontrak penyelenggaraan oleh pihak ketiga tamat. 

Tambah beliau, selepas pengambilalihan aset PBT tersebut, didapati dan menyebabkan kumbahan yang tidak terawat dilepaskan ke parit dan mengalir ke kawasan perairan di sekitar bandar.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Adun Kapayan mengenai status penyelenggaraan dan penaiktarafan pembentungan di kawasan Kapayan dan Penampang. 

Dalam sesi itu, Limus turut diajukan soalan berkaitan status projek sistem pembentungan di bawah tajuk Projek Sinkhole Repair Work  at Jalan Teluk Likas dan pembaikan paip pembentungan sepanjang Jalan Kota Kinabalu – Kudat oleh Adun Likas, Tan Lee Fatt.

Ketika menjawab, Limus mendedahkan tajuk sebenar projek terbabit ialah Emergency Service Under AP173.2 for Sinkhole Repair Works at Jalan Teluk Likas (KM1.730) and Associated Works in Kota Kinabalu, Sabah dan telahpun disiapkan pada 28 Julai 2022 serta ‘Certificate of Practical Completion’ juga telah diberikan kepada pihak kontraktor pada 29 Julai lalu.


“Status pelaksanaan Jalan Kota Kinabalu Kudat adalah kemajuan kerja di tapak adalah lebih awal daripada kemajuan kerja yang dijadualkan.


“Projek ini dijadualkan siap pada 9 November 2023 dan berdasarkan prestasi kemajuan kerja di tapak, projek ini akan dapat disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Limus memberitahu sidang dewan, dalam projek berkenaan, teknologi baru telah digunakan dalam kerja-kerja membaik pulih paip pembetungan iaitu dengan menggunakan kaedah tanpa melibatkan kerja-kerja pengorekan iaitu ‘Cured In Place Pipe’ (PIPP) yang mana telah lama digunakan di negara maju dan Semenanjung Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *