HomeUtamaPerayaan Krismas Kota Kinabalu Ke-17 pada 13 hingga 16 Dis ini

Perayaan Krismas Kota Kinabalu Ke-17 pada 13 hingga 16 Dis ini

Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA.KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama dengan Majlis Gereja-Gereja Sabah, untuk kali ke-17, akan menganjurkan Perayaan Krismas Kota Kinabalu (Gaya) Tahun 2022 (KKCC2022) berlangsung empat hari bermula pada 13 hingga 16 Disember 2022 bertempat di Padang Merdeka.

Majlis Gereja-gereja Sabah secara kolektif bersetuju untuk menyokong tema ‘Krismas -Seruan Kesejahteraan’ seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa KKCC2022. Ia dijangka dirasmikan pada 13hb Disember 2022 oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, sambutan tahun ini menjanjikan lebih besar dan lebih menarik. Acara ini dibuka kepada orang ramai setiap malam dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Katanya, persembahan pentas yang menarik telah disediakan, menampilkan nyanyian lagu, tarian dan drama yang dipersembahkan oleh gereja dan antara lain ialah penghibur tanah air seperti Jaclyn Victor, Juwita Suwito, Vince Chong, Velvet Aduk, Elica Paujin, Rosario Bianis, Marlleynney Fane, Duet Istimewa (Anderson & Hary Nianti), Vijiana Rington dan Florence Mathew.

“Selain turut menampilkan persembahan Sape oleh Hezekiah Ansim, Orkestra Cina dan Koir dari denominasi perbezaan, Koir dari DBKK serta lebih 100 penari akan bersama-sama menyemarakkan perayaan Krismas ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Noorliza, lagu tema KKCC bertajuk Kesejahteraan Bersama dan Christmas Walk Thru serta sub-tema setiap malam adalah antara elemen baharu yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah KKCC.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Penganjur tahun ini akan mengadakan Larian Malam Krismas KK (Gaya) yang julung kali diadakan pada hari Sabtu, 10hb Disember 2022 selepas pandemik Covid-19.

“Acara ini akan bermula pada jam 7.00 malam oleh saya selaku Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan The Most Reverend Datuk Melter Jiki Tais.

“Tahun ini kami menjangkakan 600
atau lebih pelari berdaftar dari seluruh Kota Kinabalu dengan larian laluan sejauh 5KM, bermula dari Padang Merdeka ke Bulatan Dewan KK Hakka dan garisan penamat kembali ke Padang Merdeka.

“Pada masa yang sama, kami mengucapkan terima kasih kepada Life Water Industries Sdn Bhd atas penajaan air mineral Christmas Fun Run,” katanya.

Selain persembahan pentas, Noorliza berkata, terdapat juga nyanyian Christmas Carols oleh kumpulan gereja di tempat-tempat strategik di sekitar Padang Merdeka.

“Seperti biasa, gerai-gerai penjaja akan didirikan dengan menawarkan banyak barangan yang terdiri daripada makanan mewah dan juadah tempatan, peralatan Krismas, pakaian, hasil tempatan dan banyak lagi.

“Pengunjung tahun ini berpeluang mengambil gambar dari banyak hiasan Krismas yang dipasang di Padang Merdeka iaitu di Nativity Hut dan di dua Pokok Krismas yang besar masing-masing berukuran 50 kaki dan 20 kaki, yang dipasang oleh YES dan Rave Production & Event,” tambahnya.

Noorliza turut memaklumkan, selaras dengan semangat Krismas untuk berkongsi dan memberi, akan ada kempen amal
bagi mengutip derma untuk badan dan institusi amal terpilih.

“Beberapa cenderahati berupa goodies bag juga akan diedarkan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sepanjang empat malam tersebut.

“Siaran langsung acara ini boleh ditonton di Facebook dan Youtube rasmi kami iaitu KK Christmas Celebration – KKCC.

“Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila hubungi Lifred Wong di talian 0138700264 dan Dean Musa Ambai 019-7200497,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular