HomeUtamaDUN Sabah : RUU perbekalan 2023 diluluskan

DUN Sabah : RUU perbekalan 2023 diluluskan

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion selepas dibahas oleh wakil rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan terbesar dalam perbelanjaan negeri pada Jumaat lalu.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata, belanjawan itu diluluskan dan dipersetujui sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir selepas  Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan berkaitan belanjawan dibacakan kali kedua dan ketiga.

la membabitkan kelulusan wang berjumlah RM4,910,768,828 untuk perbelanjaan negeri pada tahun depan.

Turut diluluskan pada persidangan itu ialah RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2022) Untuk Penambahan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Badan Profesional Perakaunan Negeri Sabah.

Selain itu, turut diluluskan RUU Pindaan Enakmen Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 (No 5 Tahun 2020).

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular