HomeUtamaKerajaan Negeri sumbang RM100,000 untuk KPA 2022

Kerajaan Negeri sumbang RM100,000 untuk KPA 2022

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meneruskan sokongan kepada pengamal media di negeri ini dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2022.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kepada jawatankuasa Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang diketuai Presidennya Datuk Muguntan Vanar.

Hajiji berkata, Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan pengamal media di negeri ini dalam menyebar luas rancangan pembangunan khususnya di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau turut menggesa media arus perdana supaya menyediakan berita yang tepat dan berfakta bagi menangkis pelbagai berita palsu di media sosial.

Sementara itu, Muguntan berkata, acara tahunan itu yang dilaksanakan dengan sokongan Kerajaan Negeri adalah bagi mengiktiraf kerja cemerlang pengamal media di Sabah dan Labuan sama ada dalam media cetak, dalam talian mahupun penyiaran.

Sebanyak 270 penyertaan diterima tahun ini bagi 23 kategori terdiri daripada penyiaran, Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa Cina.

“SJA mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri atas sokongan berterusan dan persetujuan kerajaan negeri untuk memeriahkan KPA tahun ini,” katanya.

Majlis penganugerahan itu dijangka akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 18 Disember ini bertempat di Hotel Pasific Sutera. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular