HomeUtamaBakal menteri hal ehwal pengguna mesti juarai rakyat, bukan diri sendiri, -...

Bakal menteri hal ehwal pengguna mesti juarai rakyat, bukan diri sendiri, – Fomca

Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR — Menteri hal ehwal pengguna yang akan dilantik harus belajar apa yang dilalui rakyat dan bukan hanya menjalankan pemeriksaan di pasaraya dengan media di belakangnya, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Presidennya, N Marimuthu, berkata cara lama itu mesti dihentikan kerana rakyat boleh melihat melalui tindakan mencari publisiti seperti itu.

Katanya, adalah jelas kementerian ini akan menjadi antara yang mempunyai peranan penting dalam Jemaah Menteri Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana fokus segera beliau adalah untuk menurunkan kos sara hidup.

“Oleh itu, sesiapa yang memegang portfolio itu perlu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negeri bagi memastikan harga barangan dipantau dan sebarang tindakan terhadap pencatut perlu segera. Untuk ini, semua pasukan penguatkuasa negeri mesti dipertingkatkan.

“Menteri itu perlu mempunyai kelayakan dan berpengalaman sebagai teknokrat untuk merancang dan mengeluarkan idea bagi mengatasi isu kos sara hidup,” katanya lapor portal FMT.

Marimuthu berkata sebelum ini, kementerian itu lebih lebih tertumpu dalam mengeluarkan kenyataan, dengan kurangnya penguatkuasaan terhadap peniaga yang ingkar.

Katanya, kerajaan juga harus mengambil serius pergerakan pengguna kerana mereka berada di lapangan dan menerima aduan mengenai kenaikan harga yang kadangkala membawa kepada masalah kekurangan bekalan.

Beliau juga mahu lebih banyak keterlibatan antara menteri baharu dengan persatuan pengguna, sekurang-kurangnya pada setiap suku tahun supaya mereka boleh memberi maklum balas yang tepat.

RELATED ARTICLES
Utama

Tangani isu pelanggaran sempadan maritim dengan berhemah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular