HomeUtamaMBS sokong pelantikan dua ahli parlimen Sabah sebagai menteri penuh persekutuan

MBS sokong pelantikan dua ahli parlimen Sabah sebagai menteri penuh persekutuan

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyokong penuh pelantikan ahli parlimen muda dan baharu dari negeri ini iaitu Datuk Armizan Mohd Ali dan Ewon Benedick dalam senarai Kabinet Kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Tetap MBS, Mazlan @ Joehari Manan berkata, barisan kabinet yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa, ras negeri tetapi masih punya kelompongan era reformasi yang diharapkan rakyat dalam senarai tersebut.

“Bagaimanapun, kami anak muda belia Negeri Sabah cukup menyokong penuh pelantikan ahli parlimen muda dan baharu iaitu Datuk Armizan Mohd Ali dan Ewon Benedick dalam senarai Kabinet Kerajaan baru ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mazlan berkata, senarai nama baharu
sebagai menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan diharapkan mampu membawa reformasi atau perubahan yang lebih baik kepada negara.

“Penyenaraian YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah tentu bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat kebanyakan, sungguhpun demikian dengan deretan senarai nama baharu sebagai menteri penuh diharapkan mampu membawa perubahan dan reformasi yang dilaungkan sebelum ini.

“Aspirasi perjuangan mereka sebelum ini sudah tentu mampu membawa perubahan yang ingin direalisasikan dalam kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, katanya, jumlah kecil wakil Negeri Sabah dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan sedikit mengecewakan.

“Semoga akan ada lantikan dan tanggungjawab yang lebih signifikan kepada wakil-wakil Sabah dalam kerajaan dan GLC kemudiannya nanti yang mampu membawa bersama aspirasi rakyat Negeri Sabah.

“Anak muda dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat apa perubahan yang mampu kerajaan baru ini laksanakan dan bagaimana mereka mampu membentuk dasar-dasar kerajaan yang akhirnya membawa negara ke era baru dan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat sesuai dengan perubahan zaman.

“Justeru, kami anak muda dan rakyat memohon agar lebih banyak perubahan yang mampu di bawa dan dilakukan kerajaan persekutuan kepada hak dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular