HomeUtamaAmanah besar, tugas mencabar dan tanggungjawab menarik - Armizan

Amanah besar, tugas mencabar dan tanggungjawab menarik – Armizan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali menyifatkan perlantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) adalah amanah yang besar menggalas tugas mencabar dan tanggungjawab yang menarik.

Katanya, tugas mencabar kerana selain pengalaman pertama berada dalam kabinet persekutuan termasuk dalam lanskap baharu dan unik kombinasi ahli jemaah menteri, saya diberikan portfolio yang berkait secara langsung dengan suara hati rakyat di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

“Tanggungjawab menarik kerana amanah ini amat dekat dengan inti pati perjuangan saya sejak sekian lama khususnya dalam arena politik. Antara agenda utama adalah untuk menyusul agenda yang berteraskan MA63.

“Aspirasi Borneo yang mengharapkan kedua-dua wilayah ini diberikan perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda mengisi serta memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bersyukur kerana sebelum ini telah mendapat pendedahan dan pengalaman perihal tanggungjawab semasa berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sabah.

“Syukur Alhamdulillah, bukan sahaja saya telah mendapat pendedahan dan terlibat dalam perihal tanggungjawab ini semasa berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2020 di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, tetapi juga pengalaman bekerjasama dengan pasukan Pejabat Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak) sebelum ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili.

“Saya yakin sedikit pengalaman ini akan dapat membantu pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Menteri di JPM (Sabah & Sarawak) di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia,,” katanya.

Barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung pukul 3 petang hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya