HomeEkonomiPengukuhan Ringgit dapat kurangkan kos import makanan - Mohamad Sabu

Pengukuhan Ringgit dapat kurangkan kos import makanan – Mohamad Sabu

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KULIM – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berharap nilai mata wang ringgit terus mengukuh sekali gus dapat mengurangkan kos import bahan makanan.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata trend pengukuhan ringgit dapat dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan berharap situasi itu berterusan.

“Dengan pertukaran kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), keyakinan mula berlaku sehingga mata wang kita menaik begitu mendadak dan kita harap ia dapat bertahan dan lebih baik pada masa akan datang.

“Nilai import kita akan lebih murah jika mata wang kita semakin kukuh, itulah harapan kita dan kenaikan ini memang satu perkara yang menakjubkan dalam masa 10 hari selepas pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Katanya, walaupun baru-baru ini nilai ringgit berada pada hampir RM4.80 dan diunjur merosot kepada RM5 pada bulan ini berbanding dolar Amerika Syarikat, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila ia mengukuh kepada kira-kira RM4.40 ketika ini.

Mengulas mengenai pengumuman senarai menteri Kabinet, Mohamad berkata Perdana Menteri telah menunaikan janjinya untuk membentuk Kabinet kecil membabitkan 28 menteri di bawah pentadbirannya.

Menurut beliau berdasarkan saiz Kabinet itu kerajaan perlu melakukan tugas yang lebih besar dan berat kerana bilangan menteri yang lebih sedikit berbanding sebelum ini.

Ditanya sama ada AMANAH berpuas hati dengan bilangan pemimpin parti itu yang dilantik ke dalam Kabinet, beliau berkata pengumuman semalam hanya membabitkan senarai menteri dan akan disusuli dengan jawatan timbalan menteri selepas ini.

Terdahulu beliau menghadiri ceramah PRU-15 Padang Serai yang turut disertai Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – Bernama

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya