HomeUtamaPemimpin Sabah perlu bersatu bangunkan negeri, elak perpecahan

Pemimpin Sabah perlu bersatu bangunkan negeri, elak perpecahan

Read Time:1 Minute, 59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Perpecahan antara ahli politik di negeri ini selain sukar untuk bersatu bagi membangunkan Sabah dilihat menjadi antara punca negeri ini lewat membangun.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini boleh membangun dengan lebih pantas seperti Sarawak sekiranya semua ahli politik tidak bergaduh sesama sendiri dan tidak ada sikap cuba menyingkirkan individu lain.

“Ahli politik di Sabah perlu menyalahkan diri mereka sendiri selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hanya memilih dua Ahli Parlimen dari negeri ini sebagai Menteri Kerajaan Perpaduan.

“Selama ini saya ingat, kita sentiasa bergaduh antara satu sama lain, kita juga berpecah belah. Kita sebenarnya boleh lakukan dengan dengan baik iaitu kita perlu bersatu.

“Berbanding Sarawak, mereka mendapat lima menteri dalam Kerajaan Perpaduan kerana mereka bersatu.  Kita di Sabah perlu mempelajari sesuatu daripada mereka, saya yakin kita semua boleh bersatu berbanding berpecah belah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, para pemimpin negeri ini juga dilihat lebih memikirkan untuk cuba bersaing antara satu sama lain.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai perlantikan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak) Masidi berkata, itulah adalah hak Perdana menteri untuk memilih anggota Jemaah Menterinya.

“Saya lihat ia sebagai niat Perdana Menteri untuk satu kerajaan inklusif. Dalam kerajaan perpaduan, semua orang mengenepikan perbezaan politik mereka untuk sementara waktu, demi kepentingan negara, terutama kita ketika ini berdepan dengan situasi politik yang mencabar.

“Ini bukannya kerajaan biasa kerana ketika ini kita bukan dalam keadaan biasa. Jadi, isu mengapa sebahagian menjadi menteri dan sebahagian lagi tidak, tidak sepatutnya timbul,” katanya.

Masidi juga menolak cadangan Bersatu Sabah tidak seharusnya ada tempat dalam Jemaah Menteri kerana secara teknikalnya parti itu masih sebahagian Perikatan Nasional (PN).

Katanya, pemimpin PN sendiri memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan perpaduan dan sebaliknya memilih menjadi pembangkang.

Sementara itu, Masidi berkata, ADUN dari Pakatan Harapan (PH) Sabah bertemu Ketua Menteri pada minggu lalu untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri GRS-BN tetapi buat masa ini tiada perbincangan untuk membentuk kerajaan perpaduan (seperti di peringkat persekutuan) di Sabah.

“Kami memutuskan untuk mengenepikan politik dan berkerjasama untuk Sabah. Bagi saya tiada kawan atau musuh yang kekal dalam politik.

“Kami menyertai politik untuk kebaikan Sabah, atas sebab itu politik partisan tidak boleh menjadi pertimbangan utama. Kita perlu menerima realiti politik hari ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya