Komuniti perlu digalakkan menanam pokok, laksana aktiviti ‘Urban Farming’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Penglibatan komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dalam usaha mengoptimumkan penggunaan tanah atau ruang persekitaran perlu terus diperkasakan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, usaha itu adalah melalui galakan penanaman pokok jenis buah dan aktiviti Urban Farming di lokasi yang dikenal pasti.

Katanya, selaras dengan pelancaran Garis Panduan Kebun Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu pada 02 April lalu, sebanyak 11 peserta komuniti telah bergiat aktif dan berdaftar kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Ia merangkumi komuniti nurseri. Sekolah, taska, surau, komuniti, rukun tetangga dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB).

“Sebanyak tiga komuniti perintis telah terpilih oleh Jawatankuasa Kebun Bandar Kota Kinabalu bagi melaksanakan aktiviti menuai sayuran salad hidroponik Kebun Bandar.  Antaranya Komuniti Rukun Tetangga Taman Sempelang dan Kampung Sembulan Baru; Komuniti JKDB Sempelang dan Komuniti Grace Court,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ‘100 Million Tree Planting Research Campaign Green Technology Compliance, Sabah West Zone Programme: I Am Participant’ di Dewan Kuliah Utama Politeknik Kota Kinabalu di sini semalam.

Noorliza berkata, selaras dengan itu, DBKK amat mengalu-alukan semua kumpulan komuniti termasuk Politeknik Kota Kinabalu untuk turut bersama-sama menjayakan Urban Farming dan menjadi penanda aras kepada entiti akademik yang lain.

“Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara telah dilancarkan pada tahun 2021.

“Selain usaha penanaman pokok, DBKK turut ingin membawa perhatian rakan-rakan lestari dan agensi-agensi bertindak yang lain untuk turut mencakna dan memberi fokus serius kepada perlindungan dan pembangunan kawasan tadahan air ataupun ‘water bodies’ dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Aset-aset semulajadi seperti kawasan lagun, lembangan sungai, rimba paya bakau dan lain-lain wajar dibangunkan dan diperindahkan agar aspek pemuliharaan semulajadi terus dikekalkan,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *