Buaya di kawasan aktiviti manusia akan ditangkap, tembak mati

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) melalui Jabatan Hidupan Liar (JHL) akan cuba menangkap atau menembak mati buaya yang dilihat berada di kawasan yang ada aktiviti manusia.

Menterinya Datuk Jafry Arifin berkata, ia susulan kes kanak-kanak yang dibaham buaya di Lahad Datu baru-baru ini dan operasi pemburuan buaya di Sekitar kawasan serangan buaya turut dilaksanakan.

“Sekiranya kawasan perkampungan di mana penduduk kampung sentiasa menggunakan sungai dalam aktiviti harian maka buaya yang dilihat satu kilometer di hulu dan satu kilometer daripada sempadan kampung akan diburu.

“Untuk menjamin keselamatan sepenuhnya mungkin sukar berikutan aktiviti manusia juga mungkin memasuki kawasan buaya yang dahulunya diketahui tiada buaya.

“Semua buaya yang dilihat berada di kawasan ada aktiviti manusia akan cuba ditangkap atau ditembak mati,” katanya.

Jafry berkata, semua kes kematian yang diakibatkan oleh serangan hidupan liar boleh memohon pampasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Persekutuan.

Katanya, nilai pampasan adalah berjumlah RM20,000 manakala JHL akan membuat pengesahan.

“Bagi kecederaan lain, nilai pampasan bergantung kepada kehilangan anggota akibat serangan. Syaratnya, orang yang membuat tuntutan pampasan adalah warganegara Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.