Hajiji Bertemu PM Anwar, agenda pemerkasaan Borneo antara yang dibincangkan

Read Time:55 Second

PUTRAJAYA — ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya hari ini.

Menurut kemaskini di halaman Facebooknya, Hajiji berkata pertemuan  rasmi dengan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia  bersama dengan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang baharu.

“ Sekali lagi, antara perkara utama yang dibincangkan adalah agenda pemerkasaan Borneo dan saya yakin YB Datuk Armizan Mohd Ali dapat memikul amanah besar ini untuk mewakili aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya meneruskan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)” katanya. 

Ini merupakan pertemuan kali kedua Ketua Menteri Sabah itu bersama Perdana Menteri  semenjak Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. 

Untuk rekod Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberikan kerjasama penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan.

Di dalam pertemuannya lalu, Hajiji yang juga pengerusi GRS berharap pertemuannya dengan Anwar dapat membincangkan mengenai kepentingan negeri dan menjadi permulaan yang baik bagi merapatkan hubungan kerja kedua-dua pihak.

“Hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan di bawah kepimpinan Anwar sangat perlu untuk kepentingan Sabah dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.