Arthur mahu pastikan perancangan kementerian berjalan lancar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains dan Teknologi bertekad mahu memastikan segala perancangan kementeriannya berjalan lancar.

Katanya ia termasuklah dasar dan perancangan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan berkhidmat dengan sedaya upaya untuk mengalas tanggungjawab yang diberikan dalam  menjayakan dasar dan perancangan YAB Perdana Menteri dalam kerajaan yang baru ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat sebagai Timbalan Menteri MOSTI dalam kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi peluang untuk bagi mewakili BN sebagai Timbalan Menteri dalam kerajaan perpaduan.

Arthur sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *