HomeIsu tempatanJKNS lancar buku panduan pengurusan penyakit TIBI

JKNS lancar buku panduan pengurusan penyakit TIBI

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melancarkan buku panduan pengurusan penyakit Tuberkulosis (Tibi) di Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, buku  yang bertajuk ‘Sabah Handbook on Tuberculosis Management in Adults’ itu dihasilkan oleh para doktor pakar negeri Sabah bertujuan memantapkan pengetahuan dan rawatan penyakit Tibi.

“Kandungan buku tersebut merangkumi tatacara perubatan dan rawatan Tibi secara global yang akan memberi panduan kepada semua doktor untuk merawat pesakit Tibi sama ada di hospital, klinik mahupun di lapangan.

“Selain itu, buku ini turut mengandungi strategi utama Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tibi melalui pengesanan awal penyakit dan memastikan rawatan diberikan dan dipatuhi sehingga sembuh supaya pesakit tidak menjangkitkan penyakit kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran buku berkenaan di Pejabat JKNS, Wisma Persekutuan di sini semalam.

Rose Nani berkata, pihaknya berharap agar buku panduan itu akan dapat diaplikasi sepenuhnya dalam semua peringkat pengurusan penyakit Tibi seterusnya berjaya mengawal dan mengurangkan insiden penyakit ini.

Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Dan Pakar Perunding Respiratori, Jabatan Respiratori Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Kunji Kannan Sivaraman Kannan, Ketua Perkhidmatan Dan Pakar Perunding Keluarga, Klinik Kesihatan Sandakan, Dr. Zaiton Yahaya dan Pakar Perubatan Jabatan Respiratori HQE, Dr. Muhamad Khairul Taufiq Rosli.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular