52 KIR mangsa kebakaran terima sumbangan daripada MUIS

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Seramai 52 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Kapor Kudat pada 9 Oktober lalu menerima sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Penyerahan sumbangan secara simbolik itu telah disampaikan oleh Setiausaha / Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Kapor Norlizah Datuk Gurahman.

Majlis penyerahan turut disaksikan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM500 daripada MUIS Bahagian Zakat itu akan diagihkan kepada 52 KIR yang terlibat.

Terdahulu, pada 9 Oktober lalu, lebih 200 penduduk hilang tempat tinggal selepas kira-kira 43 rumah di Kampung Tanjung Kapur musnah dalam kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 2.20 pagi itu. – SABAH MEDIA / EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *