HomeUtamaKajian kenal pasti jumlah populasi Orang Utan di Sabah akan dijalankan

Kajian kenal pasti jumlah populasi Orang Utan di Sabah akan dijalankan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

SANDAKAN : Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menjalankan kajian khusus bagi mengenalpasti jumlah populasi Orang Utan di negeri ini.

Pengarah JHL Augustine Tuuga berkata, kajian itu penting bagi mengetahui trend populasi hidupan liar terlindung berkenaan yang menjadi ikonik Sabah.

Katanya, kajian terakhir yang dilaksanakan adalah pada 10 tahun lalu sebelum mendapati terdapat 11,000 Orang Utan di negeri ini.

“Di Sabah mengikut kajian terakhir yang dijalankan, lebih kurang 10 tahun yang lalu, Kita mempunyai lebih kurang 11,000 Orang Utan di seluruh Sabah.

“Namun kita akan jalankan lagi kajian yang terbaharu dan ingin lihat bagaimana trend populasi ini, harap-harap meningkat dan kalau dia masih kekal begitupun baik, tapi kita tidak mahulah berlaku penurunan jumlah populasi orang utan di sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penutupan Orang Utan Caring Week 2022 di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Sandakan di sini semalam.

Augustine berkata, sepanjang tempoh itu, pelbagai inisiatif dilakukan pihaknya dalam memastikan Orang Utan tidak terancam.

“Antaranya dengan mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang menghasilkan makanan atau habitat Orang Utan agar keperluan hidupan terlindung ini kekal terjamin kelak,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya turut mengadakan program kesedaran antaranya dengan menganjurkan program Caring Week terbabit.

“Caring week memang satu aktiviti yang dijalankan di seluruh dunia, untuk memberi pendedahan ataupun untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk kita menjaga populasi Orang Utan.

“Orang ramai juga perlu mengelak daripada melakukan perkara yang menyebabkan sama ada kematian atau kecederaan ataupun kepupusan Orang Utan terutama sekali di negeri kita di Sabah,” katanya.

Terdahulu, sempena program itu, orang ramai dibenarkan melawat secara percuma dan melihat Orang Utan di Pusat Pemulihan berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya