Tujuh wakil Sabah dilantik Timbalan Menteri

Read Time:53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Seramai tujuh Ahli Parlimen dari Sabah dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Daripada jumlah itu, seramai tiga Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional (BN); dua mewakili Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya masing-masing mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN).

Mewakili BN antaranya adalah Ahli Parlimen Beaufort Datuk Siti Aminah Aching yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi; Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ahli Parlimen Bongawan Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Luar Negeri).

Turut dilantik mewakili PH adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Timbalan Menteri Sumber Manusia).

Selain itu, Ahli Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan mewakili GRS turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammad Yusof Apdal mewakili Warisan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.