Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau melaksanakan satu pemindahan kecemasan (MEDEVAC) dari sebuah kapal dagang kira-kira 26 batu nautika tenggara perairan Tawau, tengahari semalam.
Maklumat berhubung kejadian diterima daripada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu pada jam 5.45 pagi.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sejurus menerima laporan, bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi kapal kira-kira 26 batu nautika tenggara perairan Tawau.
“Anggota Maritim kemudiannya melaksanakan operasi pemindahan pada jam 12.20 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mangsa, Wang Ping Yui, 45 tahun warganegara China seterusnya dipindahkan ke bot peronda Maritim Malaysia untuk dibawa ke Jeti CIQ Tawau,sebelum dibawa bagi menerima rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan di Tawau sekitar jam 1.40 petang. – SABAH MEDIA