HomeUtamaMata kanan rosak bukan penghalang ibu tiga anak genggam PhD

Mata kanan rosak bukan penghalang ibu tiga anak genggam PhD

Read Time:1 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Meskipun mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan yang rosak akibat kemalangan pada 2015 tidak sesekali melunturkan semangat seorang ibu tiga anak untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah.

Fetty Shamy Lin Yahaya berkata, meskipun mengambil masa selama tiga tahun setengah selain berdepan dengan pandemik COVID-19 sepanjang pengajian namun beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang Pendidikan Sains di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau yang juga pensyarah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah berkata, anak-anak dan suami adalah pembakar utama semangat untuk dirinya menggapai PhD selain doa semua rakan-rakannya.

“Saya mula mendaftar pada 2017, kemudian mengikuti pengajian ini sambal bekerja selama tiga tahun namun disebabkan kekangan pandemik COVID-19, pengajian ini tersasar sedikit. Jika ditanya cabaran, saya akui memang terlalu banyak cabaran.

“Meskipun banyak cabaran dan halangan, setiap pelajar perlu lebih kreatif untuk memastikan pengajian itu berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-24 itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Canselor UMS pagi tadi.

Fetty mengakui sepanjang pengajian telah menerokai pelbagai ilmu baharu dan terharu apabila kesusahan yang dihadapi berjaya ditempuhi dengan jayanya.

“Buat mereka khususnya anak-anak yang bakal menempun atau ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, cabaran yang paling besar adalah kawalan diri daripada media-media sosial yang mempunyai pelbagai pengaruh.

“Justeru golongan muda harus ada pengetahuan yang lebih luas bagi menepis sesuatu bahan untuk dijadikan sebagai rujukan,” katanya.

Terdahulu, Fetty adalah antara 4,298 graduan yang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma masing-masing sepanjang tiga hari majlis itu berlangsung. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular