Ugut bekas kekasih, Polis tahan ikon pemotoron

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:20 Second

Gombak: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga ‘ikon permotoran’ selepas disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis menahan suspek selepas menerima laporan polis dibuat oleh mangsa.

Menurutnya, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *