Orang Sabah baik, suka bergaul dan mesra – Muhamad Amirul

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: “Orang Sabah sangat baik, suka bergaul dan mesra kepada semua orang,” kata Muhamad Amirul Hakim yang berasal dari Negara Brunei Darussalam.

Muhamad Amirul merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua-TESL) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya yang mengakui memilih UMS sebagai pusat pengajian adalah disebabkan faktor lokasi yang hampir dengan negara Brunei Darussalam selain boleh diakses dengan pengangkutan darat.

“Saya tahu tempat ini (UMS) adalah dari keluarga, kawan juga ada belajar disini jadi mereka cadangkan untuk belajar dan mengambil ijazah di UMS.  Lagipun disini dekat dengan Brunei, jadi agak mudah untuk keluarga datang melawat.

“Dari segi pergaulan, orang-orang Sabah sangat baik dan ramah selain mudah untuk bergaul, bukan orang Sabah sahaja tapi pelbagai termasuk orang Timur Leste, China tetapi boleh katakan orang Sabah memang terbaik,” katanya.

Katanya ketika ditemui selepas menerusi penganugerahan yang disampaikan Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai perasaan sepanjang mengikuti pengajian, Muhamad Amirul mengakui berasa lega selepas hampir lebih empat tahun mengikuti pengajian termasuk berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Ketika COVID-19, kami terpaksa berdepan dengan kelas dalam talian (online) selain motivasi saya juga menurun gara-gara online tetapi dengan adanya motivasi dan doa dari ibu bapa serta keluarga saya berjaya habiskan pengajian.

“Selepas ini, InsyaAllah kalau ada rezeki saya mahu menjadi guru di Brunei dan jika tidak saya mahu menjadi guru kaunselor di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Amirul turut merakamkan penghargaan kepada semua tenaga pengajar yang telah membantu dan memberi didikan kepadanya sepanjang pengajian di UMS. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *