HomePolitikKeputusan keluar, tinggalkan BERSATU telah dimaklumkan kepada Muhyiddin - Masidi

Keputusan keluar, tinggalkan BERSATU telah dimaklumkan kepada Muhyiddin – Masidi

Read Time:52 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

RANAU : Tindakan bekas pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah keluar dan meninggalkan parti itu telah dimaklumkan kepada Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Gabunngan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara itu turut dimaklumkan kepada Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kita menyertai BERSATU dengan cara yang baik dan sudah semestinya apabila kita mengambil keputusan untuk keluar, sudah pasti juga dengan cara yang baik.

“Kita menghormati dan berterima kasih dengan segala jasa BERSATU kepada kita, namun tindakan ini perlu diambil bagi memastikan kestabilan politik dan kelangsungan pembangunan negeri ini terus berjalan,”katanya yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Sabah

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan perjumpaan yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan di sini semalam.

Berikutan itu, seluruh ahli-ahli BERSATU Bahagian Ranau akan turut serta mengikut langkah Masidi seterusnya membubarkan jawatankuasa cawangan masing-masing.

Dengan keputusan itu juga, jawatankuasa BERSATU Bahagian Ranau secara automatiknya terbubar. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya