HomeUtamaSabah catat peningkatan kes demam denggi

Sabah catat peningkatan kes demam denggi

Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Kes demam denggi di negeri ini terus mencatat peningkatan sebanyak 6,352 kes yang direkodkan sehingga Jumaat lalu berbanding 6,328 kes sebelum itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, kawasan bandar dan kampung menjadi antara lokasi yang dikenal pasti menjadi ‘titik panas’ kepada kes-kes demam denggi di negeri ini.

“Kawasan tumpuan yang sering menjadi ‘titik panas’ kepada kes demam denggi ini selalunya berlaku di kawasan bandar namun ada juga yang berlaku di kampung-kampung.

“Sebagai contoh, antara kawasan yang bayak melaporkan kes demam denggi adalah seperti di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau,” katanya berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan sambutan Hari Arthritis Sedunia 2022, di Palm Square, Centre Point, di sini, semalam.

Dr Rose Nani berkata, kawasan yang mempunyai takungan air yang kotor dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk turut menjadi antara cabaran terbesar yang perlu ditangani.

Katanya, usaha dan kerjasama pelbagai pihak dalam menangani masalah ini penting untuk memastikan keberhasilan langkah pencegahan yang diambil.

“Kita perlu penglibatan daripada orang ramai untuk memastikan tempat mereka bersih, tidak ada bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Hal ini demikian kerana, walaupun kita dapat merawat pesakit tetapi langkah pencegahan yang diambil tidak akan berkesan selagi kita tidak menghapuskan tempat pembiakan,” katanya.

Sementara itu, Rose Nani berharap kerjasama pelbagai pihak khususnya agensi dan jabatan kerajaan serta kerajaan tempatan akan sama-sama memastikan demam denggi dapat diatasi bersama.

“Kita semua perlu menggembeleng tenaga bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes ini, barulah kita dapat mencegah denggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya