Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
KOTA KINABALU : Tabung Wakaf Tunai Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan sebanyak RM30,000.
Sumbangan yang disalurkan itu masing-masing berjumlah RM15,000 yang disumbangkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yayasan Tun Jauhar (YNJ) yang diserahkan sendiri Penasihat YNJ Toh Puan Norlidah RM Jasni.
Kedua-dua sumbangan itu diterima Naib Canselor UMS Datuk Profesor Dr Kasim Mohd Mansur seterusnya disaksikan Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Majlis penyerahan ringkas sumbangan itu disampaikan sempena Majlis Konokesyen UMS kali ke-24 di Dewan Canselor di sini semalam. – SABAH MEDIA/EAW