HomeUtamaAminah memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri hari ini

Aminah memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri hari ini

Read Time:54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching memulakan tugasnya di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) di No 15 Aras 12 Persiaran Perdana Presint Putrajaya hari ini (Isnin).

Beliau yang tiba pada jam 11. 00 pagi disambut oleh pegawai-pegawai kanan kementerian seterusnya sesi suai kenal bersama pegawai-pegawai di Pejabat Timbalan Menteri MPIC.

Beliau turut diajukan soalan apa visi dan misi beliau setelah diberikan amanah untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri kementerian tersebut.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, beliau akan mengadakan sesi perjumpaan dan mesyuarat bersama pegawai- pegawai kanan kementerian terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai fungsi serta peranan kementerian tersebut.

“Kementerian ini agak besar dan tidak kurang dari 12 agensi dan majlis di bawah kementerian ini, justeru gambaran yang jelas tentang fungsi serta peranan kementerian serta agensi di bawahnya perlu diketahui terlebih dahulu.

“Bagaimanapun sektor perladangan dan ekonomi bagi saya perlu diperkasakan kerana sektor ini adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara dan rakyat yang turut terjejas ketika negara dilanda pandemik Covid -19,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Restoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya