Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat 2 Menteri Persekutuan Dari Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick.

Ini merupakan kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan oleh mereka dan kementerian dalam membantu pembangunan Negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Armizan dan Ewon dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, yakin kedua-dua pemimpin muda ini mampu melaksanakan tugas dan amanah yang diharapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan rakyat negeri ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *