HomeUtama74 KIR, mangsa angin kencang di Pulau Gaya terima bantuan

74 KIR, mangsa angin kencang di Pulau Gaya terima bantuan

Read Time:52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 74 ketua isi rumah (KIR) di Pulau Gaya yang terkesan akibat tiupan angin kencang yang berlaku di pulau itu baru-baru ini, menerima bantuan daripada Pusat Zakat Sabah dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Datuk Ir. Shahelmey Yahya bagi pihak Pusat Zakat Sabah menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM500 setiap KIR yang terbabit dalam bencana angin kencang itu di Pulau Gaya dekat sini, hari ini.

Shahelmey berharap bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa bencana itu.

“Kita berharap dengan adanya bantuan tersebut akan dapat meringankan beban yang telah mereka hadapi untuk membaik pulih rumah-rumah ataupun struktur rumah yang telah terkesan akibat tiupan angin kencang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan tersebut.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut memaklumkan selain daripada bantuan Pusat Zakat Sabah, beliau difahamkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) juga akan menyalurkan bantuan mereka kepada 74 ketua isi rumah yang terkesan itu.

“Bantuan akan diserahkan sendiri oleh pihak YaPEIM,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya